brooklynmonk

Silat Kalam on Wikipedia

In Uncategorized on May 9, 2011 at 3:39 am

I need someone who speaks Bahasa to help me translate the wikpedia page about Silat Kalam and establish and English language page about Silat Kalam.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat_Kalam

If you want to help, please email me the translation and please post it on wikipedia. The text is below. antonio@speakingadventure.com

Antonio

Silat Kalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Silat Kalam merupakan salah satu cabang silat yang terdapat di Malaysia.

LoeschFrage.PNG

Kandungan rencana ini tidak memetik sumber rujukan dan memerlukan pengesahan.

Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri.

Bantulah Wikipedia memperbaiki rencana ini dengan menambahkan sumber rujukan. Fakta yang tidak disahkan boleh dipertikai dan dipadam.

[sunting] Mitos asal usul Silat Kalam

Seni Silat Kalam adalah wadah warisan seni mempertahankan diri yang salahsilahnya telah menjangkau beberapa abad lamanya hingga kini. Berasal dari Timur Tengah yang telah dibawa oleh Syeikh Abdullah atau pun lebih dikenali sebagai Syeikh Tajrid ke negara kita Malaysia dan mengajarkan ilmu tersebut kepada murid pertamanya iaitu Sultan Mudzafar Syah yang juga di kenali sebagai Merong Mahawangsa 111. Melalui pelajaran Seni Silat Kalam baginda telah tertarik lalu memeluk islam diikuti oleh sekalian Pembesar dan rakyat baginda. Dengan itu Islam telah menjadi agama rasmi dibawah panji-panji pemerintahan baginda Sultan. [perlu rujukan]

Perkembangan selanjutnya Sultan Mudzafar Syah telah menurunkan ilmu Seni Silat Kalam kepada anak cucunya. Sehinggalah pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin berlaku satu peristiwa bersejarah dimana kesultanan Kedah telah diserang oleh Raja Batak yang bernama Tuah (bukan legenda Hang Tuah pada kesultanan Melaka). Baginda telah mengajar dan menurunkan Ijazah kepada Panglima Tok Ismail iaitu Ketua Panglima Kesultanan bagi melengkapkan beliau untuk maju ke medan perang menentang Raja Tuah. Bagi memperkuatkan pertahanan Negara sekaligus berjaga-jaga dalam apa kemungkinan dan serangan musuh maka Panglima Tok Ismail menurunkan ilmu tersebut kepada Panglima Tok Ali. Panglima Tok Ali menurunkannya kepada Panglima Tok Hadi, Penglima Tok Hadi menurunkannya kepada Panglima Tok Rasyid [perlu rujukan] dan Panglima Tok Rasyid menurunkannya kepada Pak Guru Yahya Said dan seterusnya Pak Guru Yahya Said menurunkannya kepada Cikgu zahalan bin Man (Pengasas PIKUM).

Sebelum Pak Guru Yahya Said wafat, beliau sempat meninggalkan pesan (wasiat) kepada Cikgu Zahalan bin Man agar menyampaikan (menyebar luaskan) ajaran Seni Silat Kalam yang asal, iaitu yang bertunggakkan agama Islam, “Amalan hidup orang Islam, Pegangan hidup orang Islam, Tujuan hidup orang Islam)

[sunting] Pengasas PIKUM

Zahalan bin Mat merupakan anak jati Perlis yang dilahirkan pada 14 Januari 1947 di Kampung Stesen Arau,Perli. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa Pulau Pinang sehingga darjah tiga.Seterusnya menyambung pelajarannya ke S.M.C HUTCHING SCHOOL dan berpindah ke St.Xaviers sehingga tingkatan tiga. Mendapat pendidikan agama dan seni mempertahankan diri dari Pak Guru Yahya Said, salah seorang guru dalam bidang seni silat pada tahun 70-an. Sebelumnya, beliau belajar Silat dengan Cikgu Azmi Long dan Cikgu Radzuan Long pada tahun 1969. Dalam masa yang singkat, beliau dilantik menjadi jurulatih kanan pada tahun 1971. Dua tahun seterusnya, Pak Guru Yahya Said berkenan mengijazahkan beliau sebagai Guru Silat Kalam. Cikgu Zahalan Man, begitulah panggilan akrabnya adalah pernah berkhidmat sebagai Tentera Diraja Malaysia dari tahun 1965-1976. Pada kesempatan itulah,beliau banyak menimba berbagai ilmu persilatan yang antara lain, Silat Kuntau Siam dari Cikgu Fahmi, Silat Sunting Dua Belas dari Cikgu Mohammad dan Silat Cimande dari Pak Karto. Tidak hairanlah,dengan adanya ilmu dan kecekapan serta ketangkasan beliau didalam persilatan ini,Dato’ Dr Sabri Salleh selaku Presiden IBF Tae Kwan Do telah menganugerah Anugerah Kehormat Tertinggi ke atas Cikgu Zahalan Man pada 5 Oktober 1990. Bagi menunaikan amanah Gurunya,yakni Pak Guru Yahya Said, maka beliau bersama-sama dengan sahabat seperjuangan telah mengasaskan Pertubuhan Seni Silat Ikatan Kalam Utama Malaysia (PIKUM) pada tahun 1997 sehinggalah sekarang.

Terdapat 6 Adap yang dimestikan oleh PIKUM keatas ahli-ahlinya untuk diamalkan,iaitu:-

1. Beradapan kepada Allah dan Rasul.

2. Beradapan kepada Ibu dan Bapa.

3. Beradapan kepada Abang dan Kakak.

4. Beradapan kepada Guru-guru yang mengajar kebaikan.

5. Beradapan kepada sesama ahli Seni Silat Kalam Utama.

6. Beradapan kepada semua Insan.

Maksud Adap disini ia diibaratkan Tunjang kepada sebatang pokok.Jika kuat Tunjang itu suburlah pokok tersebut dan menghasilkan buah-buahan yang baik.Kalau ia reput maka pokok tersebut akan tumbang bila-bila masa.

Disamping 6 Adap diatas,bagi membina jiwa yang berwibawa dan bermaruah terdapat 5 pantang-larang.Beberapa pantang-larang itu adalah berikut:-

1. Tidak boleh menderhaka kepada Ibu dan Bapa.

2. Tidak boleh menderhaka kepada Abang dan Kakak.

3. Tidak boleh menderhaka kepada segala Guru yang mengajar kebaikan.

4. Tidak boleh menderhaka kepada semua Ahli Kalam Utama.

5. Tidak boleh mencaci keatas segala rupa Silat yang lain.

Pelajaran dan Pendidikan Seni Silat Kalam adalah mempraktikkan latihan Jasmani dan amalan-amalan Rohani bagi memeperteguhkan kenyakinan diri agar memperolehi kekuatan Iman,Islam,Ikhsan dan Adap.

[sunting] Amalan Seni Silat Kalam

Salasilah,ia adalah umpama permata yang tersembunyi,yang memberi erti didalam solat ada senjata dan lengkap dengan perisainya.Pengertiannya iaitu;senjata Qauli,senjata Qalbi dan senjata Fi’li yang maknanya adalah seperti berikut:-

Qauli- Adalah pergerakan dan perbuatan lidah yang mengeluarkan doa dan zikir sehingga melahirkan kosentrasi menerusi fikiran yang mengandungi kekuatan yang berkaitan dengan hati sentiasa menyebut KERANA ALLAH. Qalbi- Ketulusan hati yang dilahirkan dari perbuatan Qauli sehingga meniupkan Roh didalam jiwa yang mewujudkan kekuatan Rohani yang sentiasa hatinya menyebut KERANA ALLAH.

Fi’li- Dari perbuatan Qauli dan Fi’li dikaitkan dengan hati yang sentiasa menyebut KERANA ALLAH dengan dipadukan gerak geri solat yang semuanya mengandungi unsur Defensif(mempertahankan diri)maka akan lahirlah kekuatan yang Komprehensif dan terpadu antara Doktrinasi,kenyakinan dan Praktikal.Dari sini maka wujudlah kekuatan yang Hakiki seperti mana Sabda Rasulullah sebagai berikut:

INNAMA A’MALU BINNIYAT yang bermaksud sesungguhnya sah sesuatu amal adalah beserta dengan niat semata KERANA ALLAH.

Seni Silat Kalam pada keseluruhannya mengandungi 30 pergerakkan/Tepisan yang telah menjadi asas seni gerak mempertahankan diri. Ia bermula dengan tepisan Doa,Qiam,Rukuk hinggalah kepada Tepisan Takbir. Pada keseluruhan pergerakkan keseniannya ia tidak melebihi daripada 3 langkah; dan penggunaan keseluruhan daripada Pancaindera yang lima disambungkan penggunaannya dengan sepenuhnya;

* Pernafasan

* Penglihatan

* Pendengaran

* Akal Fikiran

* berkata-kata.

Kesinambungan penyatuan dan kepaduannya dan pada keseluruhan kesempurnaannya dapat merasakan kefungsian pancaindera yang lima ini bermanfaat pada diri.

Pihak PIKUM kini sedang dalam usaha membangunkan Akademi Kalam Utama Malaysia yang akan bertapak di Dengkil,Selangor bagi meneruskan usaha menyampaikan Amanah para Guru-guru terdahulu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: